Viral Produk Tati Skincare

Viral Produk Tati Skincare

Viral Produk Tati Skincare

Hits: 3436

Tati merupakan salah satu jenama produk kosmetik tempatan yang kini sedang meningkat naik di Malaysia.

Bukan itu sahaja, nama Tati itu juga telah melebarkan sayapnya ke Singapura, Indonesia, Brunei dan banyak lagi. Ini serba sedikit membuktikan nama Tati telah pun mempunyai pengikutnya sendiri. Baru-baru ini, nama Tati telah terpalit dengan satu isu yang membabitkan penarikan balik NOT oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ekoran itu, pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa produk kami mengandungi bahan kimia yang terlarang dan melebihi had yang dibenarkan oleh KKM. Isu ini menjadi satu cabaran besar bagi kami. Untuk pengetahuan umum, hanya dua krim sahaja yang disekat penggunaannya oleh KKM. Namun, ekoran isu tersebut, semua produk keluaran Tati Skincare telah dicemuh oleh netizen. Sejujurnya kami dibarisan HQ mendapat tamparan hebat ekoran isu tersebut. 


Namun demikian, kami tidak cepat melatah dan menuding jari ke arah pihak lain. Lantaran itu, kami telah mengambil inisiatif baru dengan menukar dan menambah baik krim Tati. Pada asalnya krim yang disekat ialah Night Cream dan Treatment Cream sahaja. Oleh kerana kami sangat menitik beratkan kualiti produk, kami telah menambah baik kesemua produk kami. Maka, Tati Skincare HQ telah melahirkan  krim baru menggantikan Night Cream dan Treatment Cream dengan krim Therapy 1 dan Therapy 2. 


Sememangnya dahulu produk ini ditarik balik NOT oleh KKM, tetapi krim kami telah diberi nafas baru dan kini kami mempunyai NOT baru. NOT baru untuk produk Tati Skincare 5 in 1 adalah seperti dibawah:

1. TATI BEAUTY SOAP - NOT170505956K

2. TATI Day CREAM - NOT170505955K

3. TATI UV CREAM - NOT170505957K

4. TATI THERAPHY 1 - NOT170505953K

5. TATI THERAPHY 2 - NOT170505954K


Walau bagaimanapun, kami sering mendapat fitnah, cacian, cercaan, dan hinaan yang sering dilontarkan kepada kami. Yang lebih memusykilkan pihak kami, mereka yang melontarkan komen yang negatif itu adalah bukan pengguna tati…


  • ‘Muka saya breakout, saya rasa produk Tati ni teruk sebab banyak bahan kimia.’
  • ‘Produk Tati ni teruk sebab boleh menghakis muka kalau guna.’
  • ‘Produk Tati ni tak elok, sebab boleh menyebabkan muka makin teruk.’
  • ‘Memang pakai mula-mula muka Nampak cantik tapi lepastu muka jadi teruk.’


Di atas adalah komen negatif yang kami terima. Komen-komen yang dilontarkan sangat menakutkan dan sedikit sebanyak menggugat kepercayaan pengguna lain terhadap produk Tati yang baru. Namun, segelintir dari itu pihak kami mendapati kesemua “haters”  bukanlah pengguna Tati sendiri. Malah ada Jenama daripada produk lain menggunakan pemasaran percuma terhadap sesuatu isu yang diviralkan.  Wujudnya isu viral adalah satu kenikmatan kepada peniaga lain, hal ini demikian  kerana mereka dapat memasarkan produk mereka secara percuma. Hal ini boleh dianggap sebagai bersubahat melakukan jenayah siber dan membolehkan nama baik produk  yang diviralkan tentang isu negatif jatuh. Hal ini seharusnya difikirkan secara bulat-bulat dan tidak membuta tuli melakukan sesuatu kesalahan samada orang yang mengviralkan atau membuat promosi produk lain. Sememangnya segala fitnah ini adalah kerja pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin menjatuhkan kami secara peribadi. 


Kami di barisan HQ memang menjaga kualiti produk dan kepuasan pengguna. Tidak pernah sesekali pihak kami cuba menjatuhkan produk lain demi keuntungan pihak kami, baik produk tempatan atau produk dari luar. Kenapa mereka ini cuba untuk menutup periuk kami dengan menyebarkan khabar angin ini?

Sekiranya benar pihak kami menggunakan bahan kimia secara berlebihan dalam produk kami, kenapa KKM memberikan kelulusan kepada kami? Sememangnya produk kami mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh KKM. 


Terbaru, seorang yang ahli perubatan telah mengeluarkan satu isu yang mengatakan bahawa seorang remaja menggunakan produk Tati sehingga menyebabkan komplikasi terhadap buah pinggang beliau sehingga rosak, menggemparkan sekali lagi dalam perjalanan pemasaran produk kami. Beliau juga mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa telah  menggunakan produk Tati selama dua tahun. Namun , setelah disiasat, kesahihan terhadap pernyataan ini amatlah meragukan. Jika difikirkan secara logik, mengapa seorang yang arif dalam bidang perubatan boleh membohongi dalam pernyataan yang diviralkan tanpa sesuatu yang sahih? Disini wajar dan jelas menunjukkan isu adalah satu strategi dan permainan yang ditunjukkan dalam perniagaan. Kami di barisan HQ sememangnya tidak berdiam diri dalam membanteras anasir hitam dalam perjalanan pemasaran produk kami. Tambahan lagi, tiada juga data-data yang sahih serta laporan yang tepat dikeluarkan oleh mana-mana pusat kesihatan mengatakan punca penyakit mangsa adalah disebabkan oleh penggunaan produk kami. Kami akan mengambil tindakan yang wajar dan hukuman yang setimpal harus dikenakan kepada mereka yang sering melakukan onar ini.


Pihak Tati Skincare HQ berharap agar segala  tohmahan dan cacian dapatlah diberhentikan. Jujur daripada pihak kami, kami tidak mempunyai niat yang buruk untuk menipu serta mengaut keuntungan di atas kesulitan orang lain. Benda yang baik kami kongsikan, benda yang buruk kami cuba jauhi. Kami dari Tati Skincare HQ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang selalu berada di belakang kami dalam mendepani isu negatif yang sering terpalit dek isu yang belum sahih. 


Tags: Viral

Tinggalkan Komen Anda